Tuesday 21 February 2012 | By: Miersya Hamierza

SEBUAH PERTEMUAN...

        Sebuah pertemuan..adalah tajuk penulisan aku kali ini..aku ingin dedekasikan kepada org yang sangat bermakna untuk aku.Namun kini semuanya tinggal kenangan..Kenangan yang sukar untuk aku lupakan walaupun aku ingin sekali melupakannya..walaupun aku ingin melenyapkan nama dia dihati aku..tapi aku tidak mampu kerana aku masih lagi menyayangi dia..

     Pertemuan ini yang terindah dan tidak pernah aku jangkakan.Semuanya berlaku disaat aku melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Selatan tanah air...ketika aku masih tergapai2 mencari arah,dialah yang sudi menjadi kawan aku..semuanya berlaku dalam sekelip mata.Disana aku mengenali insan2 yang akan menyinari hidup aku..Farah,Naili,Diana,K.ila,ida dan seorang yang amat2 aku sayang iaitu K.E.Biarlah kau perkenalkan dia sebagai K.E sahaja.ketika itu berjuta rasa syukur aku panjatkan kepadaNYA kerana memberikan anugerah yang tidak ternilai pada aku.Aku menganggap dia sebagai kakak aku kerana aku tidak mempunyai kakak.

   Hanya dengan dia sahaja aku mengenali kasih sayang seorang kakak.Kami isikan hari2 kami dengan memori terindah keluar bersama,makan bersama dan pergi ke kelas bersama..ketika aku jatuh sakit,dialah di sisi aku..semua perkara kebanyakkannya aku akan bersama dia..selama 6 bulan aku disana,dialah peneman aku disamping farah iaitu teman sebilikku.
    Di dalam kegembiraan itu,ada jua dugaan yang mendatang,akhirnya  aku terpaksa pulang ke kelantan kerana mendapat tawaran yang lebih baik..Di saat perpisahan kami,aku tidak mampu untuk menitiskan air mata kerana aku tahu ia adalah keputusan  yang terbaik untuk aku.K.E pula di tawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Selangor.Walaupun jarak memisahkan kami,namun pertalian yang terbina tetap utuh dan kami sering berhubungan dan bertanya khabar antara satu sama lain.Dia mendapat kehidupan baru dan mendapat kawan kawan yang baru disana..aku gembira kerana dia bahagia.Walaupun berjauhan kami tetap boleh bergurau senda,bergelak ketawa dan berkongsi rasa.

    Namun panas yang ku sangka hingga ke petang rupanya gerimis di tengah jalan.Tidak ku sangka pertemuan setahun yang lalu merupakan pertemuan yang terakhir antara aku dengannya.Siapa sangka aku akan kehilangannya hari ini.Salah faham yang terjadi membuat hubungan kami bertambah buruk.mungkin silap aku juga kerana tidak berterus terang dengannya..Akhirnya,hubungan kami terputus begitu sahaja..Aku betul2 terseksa kerana masih berusaha menerima hakikat aku kehilangan seorang kakak yang amat aku sayang.Aku harap masih ada pertemuan untuk kami mengungkai salah faham antara kami..K.E aku minta maaf jikalau aku telah membuat kau terasa hati dengan aku..Aku terlalu menyayangi mu....Aku minta Maaf..Aku harap persahabatan kita akan kembali terjalin lagi...



Tuesday 14 February 2012 | By: Miersya Hamierza

CATATAN BUAT SEORANG PEJUANG DAN JUARA

Penulisan aku yang pertama,,...CATATAN UNTUK SI PEJUANG DAN JUARA???.Akukah juara??.Itulah yang sering terlintas dalam fikiran  kita semua...mungkin kita juga akan tertanya2 Boleh ke aku jadi juara...mungkin juga perkataan ini sering bermain difikiran kita semua...Mampukah aku jadi juara sedangkan ramai lagi yang layak menjadi juara...


Setiap kali exam mesti kita terfikir boleh ke aku jadi juara dan yang terbaik .begitu juga setiap kali kita ada perlawanan.pasti itu yang anda fikikan untuk mengalahkan pihak lawan..bangkitla..usahla anda berfikiran yang anda adalah lemah kerna andalah juara yang sebenarnya..mungkin anda tertanya2 kenapa saya ckp anda juara sedangkn ada diantara anda masih berjuang untuk menjadi juara..

Mungkin Anda sedar atau tidak ,Anda semua adalah Juara...knpe saya bagitahu anda  Juara????sebab kalau anda bukan juara anda tidak mungkin dapat bernafas,hidup udara,makan dan menikmti hidup anda hari ini..Bersyukurla ke Hadrat Ilahi kerna menjadikan anda sebagai seorang juara..

Anda Juara kerana disaat pertama kali anda diciptakan,anda telah memulakan langkah anda untuk berjuang..knpe saya berkata begitu???msti ade sebabkn..untuk pengetahuan anda,dalam berjuta2 sperma yang dilepaskan dalam rahim seorang ibu,andalah yang bertuah kerana anda tidak pernah mengalah untuk berenang mencari ovum yang diidamkan oleh sperma2 lain..namun mereka semua gagal kerana mereka telah membiarkan anda mendahului mereka..Apabila ovum telah bercantum dgn sperma,maka anda telah menjadi seorang Juara..

Percantuman itu telah membuatkan anda dikenali sebagai embrio di dalam rahim seorang ibu..selepas berapa bulan,anda dikenali sebagai zigot dan kemudian bertukar menjadi fetus....Dengan izinNya..anda telah mengalami proses pematangan untuk menjadi seorang manusia yang sempurna sifatnya...Semasa Didalam Rahim,anda juga telah berjuang..berjuang supaya anda tidak lemah,berjuang supaya anda boleh melihat ciptaanNya yang agung dan berjuang untuk menjadi muslim sejati apabila tiba detiknya dan waktunya...ketika itu kegembiraan mak dan ayah anda bertambah dan mereka tidak sabar menanti kelahiran anda

Selepas 9 bulan 10 hari,maka ape yang ditunggu telah tiba..kesakitan ibu anda tidak dapat digambarkan kerna ingin melahirkan seorang pejuang dan seorang juara...Namun kesakitan itu hilang bila ibu anda mendengar tangisan sang pejuang dan juara yang telah selamat kembaranya smpai ke alam dunia...Hanya titisan air mata kegembiraan sahaja yang mampu mengalir dari mata ayah dan ibu anda...Anda diazankan dan diqamatkan oleh Ayah anda..xkiralah anda perempuan or lelaki..anda telah lahir dan anda juara ..seorang pejuang..disaat itu andalah juara di mata ayah dan mak anda..


bermula disaat itu,anda terus berjuang..berjuang untuk menjadi seorang yang kuat..tidak pernah kenal erti mengalah..semasa usia anda mencapai 3 bulan,anda telah berjuang untuk memulakan langkah pertama dalam fasa berjalan anda..anda telah berusaha meniarap..gmbiranya hati mak dan ayah anda disaat anda boleh meniarap.semasa itu andalah juara kerana anda tidak mengenal erti berputus asa...ketika usia anda memasuki 6 bulan,anda semakin pandai..bermacam2 keletah anda yang membuat ibu dan ayah anda ketawa..Disaat itu juga anda mungkin telah pandai merangkak..untuk merangkak anda juga berjuang dan belajar...halangan demi halangan yang terpaksa anda tempuhi untuk anda bersedia berjalan...Disaat anda berjaya berjalan dan bercakap,air mata ibu anda mengalir lagi..Kegembiraan itu tidak dapat digambarkan dengan kata2...

ketika anda berusia 6 tahaun,anda semakin berani berjuang..mungkin disaat itu anda telah memulakan langkah pertama untuk fasa atau alam persekolahan..Disinilah anda belajar mengenali kawan2,mengenali permulaan huruf dan belajar untuk menjadi mukmin yang sejati...Ayah dan ibu anda berusaha dan berjuang untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anda samaada pendidikan agama atau sebagainya..disaat ini anda berjuang untuk emjadikan anda seorang yang berilmu...

tamat sahaja alam pra persekolahan,anda terus dimasukkan ke sekolah rendah..disini anda menghabiskan masa anda kira2 6 tahun untuk berjuang...Di sekolah ini,anda terus berjuang untuk menjadi pelajar yang terbaik dan mungkin semasa Anda berusia 12 Tahun,Anda semakin kuat berjuang bagi memastikan impian anda mampu diraih..Namun,bukan semua yang anda harapkan menjadi kenyataan,terlalu banyak dugaan yang terpaksa anda lalui untuk mencapai impian anda itu..bila keputusan exam UPSR diumumkan,anda tidak memperolehi kejayaan yang anda harapkan..terlalu kecewanya anda ketika itu...kekecewaan terjelas diruang mata anda..namun,sebagai seorang pejuang,anda tidak pernah mengalah...

Di saat semua rakan2 anda diterima masuk ke sekolah berasrama penuh,anda seorang diri mengayuh basikal untuk ke sekolah harian..Hanya Azam dan semangat menjadi pembakar semangat anda ..Ketika anda mengapai impian anda,anda diuji lagi...semakin lama semakin banyak ujian yang terpaksa anda tempuhi demi sebuah kejayaan.Disaat itu anda menjadi lemah..anda rasakan tiada guna anda berjuang..Namun berbekalkan kata2 semangat dari orang yang anda sayang,akhirnya anda teruskan perjuangan anda biarpun ada kalanya anda terfikir Allah SWT itu tidak Adil...Sebenarnya Anda tidak perlulah berfikir sebegitu disaat anda diuji,kerana Allah SWT telah merancang yang terbaik untuk kita..

Tamat tingkatan 3,dengan keputusan yang kurang memuaskan anda,anda teruskan langkah anda mendaki jalan2 yang berlaku demi sebuah kejayaan..terlalu payah anda meniti dan berjuang disaat ini.kadang2 semangat anda hilang kerana terlalu banyak ujian dan dugaan yang terpksa anda harungi untuk mengapai impian anda..susulan daripada itu,anda telah menjadi insan yang berhati waja dan kental..Anda terus berusaha untuk berjaya..kata2 semangat dari orang2 yang anda sayang menjadikan anda lebih kuat...saya masih ingt lagi kata2 semagat daripada ayah dan emak saya..emak saya pernah berkata:  


  "Anakkku,berusahalah demi masa depanmu..sememangnya ilmu itu pahit tapi buahnya lazat.Janganlah kamu mengalah wahai anakku"renungkanlah kata2 ini dan mengertilah wahai anakku..

 Ayah saya pula berkata,dengan ilmu orang akan hormati kita...jadilah org yang berilmu supaya kita boleh menolong orang..

akhirnya dengan kata2 semangat inilah saya berjuang..saya yakin anda jugak sama..saya yakin anda juga mempunyai matlamat yang sama dengan saya iaitu ingin mambahagiakan hidup keluaraga anda..Maka berbekalkan matlamat itu,anda berusaha namun dugaan menjadi milik anda sekali lagi,,keputusan yang anda harapkan ketika SPM tidak secemerlang yang anda harapkan...anda menangis disaat itu..anda rasakan perjuangan anda telah sia2kan..namun di saat itu,ibu anda terus memberikan kata2 semangat kepada anda untuk meneruskan lagi pembelajaran anda ke peringkat lebih tinggi..maka anda telah mendaftarkan diri anda ke universti pilihan or ke tingkatan 6 berbekalkan result spm anda...namun bagi yang tidak menyambung pelajaran,bukan bermakna anda gagal..sebaliknya anda berjuang ke dalam alam pekerjaan..anda dilatih menjadi tenaga pekerja yang berwawasan..dia menjadi seorang juara kerana kini anda menjadi seorang pekerja yang berdidikasi..Disamping itu jga andalah juara kerana berjaya memantapkan ekonomi dan taraf hidup anda..


Bagi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,anda berusaha dan menjadikan kegagalan anda selama ini sebagai sumber inspirasi anda sehingga anda berjaya memegang segulung ijazah dan memberikan perkhidmatan anda kepada yang lebih memerlukan..semasa itu anda berfikir,tidak sia2 ibu anda memberi dorongan dan tidak sia2 anda berjuang berpuluh2 tahun untuk menikmati apa yang anda ingin nikmati sejak dari anda kecil lagi...ketika itu anda baru tahu manisnya perjuangan anda dan andalah Sang JUARA itu....SeseungguhNya DIA Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik untuk Kita..Janganlah Kamu Mengalah Disaat Kamu Masih Lagi Bernama Pejuang....


Perjuangan Memerlukan Pengorbanan dan Perjuangan tidak akan habis selagi kita bernama MANUSIA dan Hidup Di BUMI CiptaNYA..


Semoga Kamu semua Sedar kamu dijadilah OlehNYA untuk mejadi pejuang dan bersabarlah ditas segala dugaan yang diberikan kepada kamu..


Sesungguhnya kesabaran itu menjadi buah yang paling manis dalam kehidupan hidup kamu apabila kamu berjaya setelah kamu bersabar....




















Monday 13 February 2012 | By: Miersya Hamierza

Siapa Aku?????



Assalamualaikum......    

        Bersyukur  ke Hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurniaNYA akhirnya impian tuk mempunyai blog sendiri akhirnya dapat realisasikan.Tq didedekasikan buat insan2 tersayang  dalam hidup iaitu my family,my lovely frenz dan someone special  yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada aku sehingga terciptannya blog ini...

        Siapa Aku?????Mesti korg tertanya2 kn siapalah aku niekn.he3.Tp bagi aku,xkshla siapapun aku.yang penting niat aku menulis blog nie.he3.biarla aku bagitahu nama pena aku..nama aku Miersya Hamierza...knpe erk aku plh nme nie??msti korg tertanya2 kn...he3.Sebenarnya Nama nie aku plh sbb ia memberi sejuta makna buat kau...ini adalah gabungan nama owg2 yang aku sayang..he3
     
      Akhir sekali,aku ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca tulisan aku diblog nie dan tunggu penulisan yang seterusnya dari aku.bnyk lg yang aku ingin ceritakn tuk korg semua..he3..tunggu tau..

 tunggu sambungan..........................