Tuesday 21 February 2012 | By: Miersya Hamierza

SEBUAH PERTEMUAN...

        Sebuah pertemuan..adalah tajuk penulisan aku kali ini..aku ingin dedekasikan kepada org yang sangat bermakna untuk aku.Namun kini semuanya tinggal kenangan..Kenangan yang sukar untuk aku lupakan walaupun aku ingin sekali melupakannya..walaupun aku ingin melenyapkan nama dia dihati aku..tapi aku tidak mampu kerana aku masih lagi menyayangi dia..

     Pertemuan ini yang terindah dan tidak pernah aku jangkakan.Semuanya berlaku disaat aku melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Selatan tanah air...ketika aku masih tergapai2 mencari arah,dialah yang sudi menjadi kawan aku..semuanya berlaku dalam sekelip mata.Disana aku mengenali insan2 yang akan menyinari hidup aku..Farah,Naili,Diana,K.ila,ida dan seorang yang amat2 aku sayang iaitu K.E.Biarlah kau perkenalkan dia sebagai K.E sahaja.ketika itu berjuta rasa syukur aku panjatkan kepadaNYA kerana memberikan anugerah yang tidak ternilai pada aku.Aku menganggap dia sebagai kakak aku kerana aku tidak mempunyai kakak.

   Hanya dengan dia sahaja aku mengenali kasih sayang seorang kakak.Kami isikan hari2 kami dengan memori terindah keluar bersama,makan bersama dan pergi ke kelas bersama..ketika aku jatuh sakit,dialah di sisi aku..semua perkara kebanyakkannya aku akan bersama dia..selama 6 bulan aku disana,dialah peneman aku disamping farah iaitu teman sebilikku.
    Di dalam kegembiraan itu,ada jua dugaan yang mendatang,akhirnya  aku terpaksa pulang ke kelantan kerana mendapat tawaran yang lebih baik..Di saat perpisahan kami,aku tidak mampu untuk menitiskan air mata kerana aku tahu ia adalah keputusan  yang terbaik untuk aku.K.E pula di tawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Selangor.Walaupun jarak memisahkan kami,namun pertalian yang terbina tetap utuh dan kami sering berhubungan dan bertanya khabar antara satu sama lain.Dia mendapat kehidupan baru dan mendapat kawan kawan yang baru disana..aku gembira kerana dia bahagia.Walaupun berjauhan kami tetap boleh bergurau senda,bergelak ketawa dan berkongsi rasa.

    Namun panas yang ku sangka hingga ke petang rupanya gerimis di tengah jalan.Tidak ku sangka pertemuan setahun yang lalu merupakan pertemuan yang terakhir antara aku dengannya.Siapa sangka aku akan kehilangannya hari ini.Salah faham yang terjadi membuat hubungan kami bertambah buruk.mungkin silap aku juga kerana tidak berterus terang dengannya..Akhirnya,hubungan kami terputus begitu sahaja..Aku betul2 terseksa kerana masih berusaha menerima hakikat aku kehilangan seorang kakak yang amat aku sayang.Aku harap masih ada pertemuan untuk kami mengungkai salah faham antara kami..K.E aku minta maaf jikalau aku telah membuat kau terasa hati dengan aku..Aku terlalu menyayangi mu....Aku minta Maaf..Aku harap persahabatan kita akan kembali terjalin lagi...



0 comments:

Post a Comment